BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 29, 2010

kenapa perlu berdengki??

assalammualaikum...
hai sume.. kenapa hidup nih perlu berdengki??
sedangkan kita boleh jew bincang dengan cara baik kan..
tak salah lau kita berterus terang apa yg kita uka.. apa yg kita xuka..
nih haa nk cita ckit..

 mai sni dok diam-diam..
dgr sni.. mak aku da umh sewa kat titi serong..
dkt stu da satu buah umh yg diduduki oleh seorg yg pnas baran..
aku nih uka pasang telinga time makcik- makcik gosip tau.. phm phm la...
setiap kali org yg sewa umh yg mak aku tu.. mesti kjap jew..
tahu tak knp?? org yg dok kt situ cari psl..
tahu tak knp?? org tu nk tanah yg arwah tok aku..

korang cuba fikir balik..
knp nk gaduh gaduh?? lau dia tak cari pasal dgn aku pny family..
dia akn dapat bahagian dia.. kmi pun dpt bahagian kmi..
kehidupan.. biasa la..

korang tahu tak.. org tu dah da byk isteri..
isteri dia sume lari sbb tak tahan dgn dia..
tak than knp??
ye lah.. dia tu panas baran..
asyik pukul isteri dia ja...
kesian aku tgk..
habis badan isteri isteri dia..

knp dia tak repot kat polis psl laki dia tu ha?
knp perlu da org mcm dia dlm dunia nih?
knp tak puas hati ha?
aku pun tak phm la..


kpd korang jgn jdi cam tu tau tau tau.. jdy org yg uka mengalah
hidup nih tak lama.. berbaik dgn org tau... nnty lau kita mati tak kan kita korek kubur sendiri kot..
itu yang mak au slalu kata.. biar org tak uka kita jgn kita yg tak uka org..
 "be the best among the best"
 

                                                                                                              aku syg korang!!! muuah!! jgn balas

Monday, December 27, 2010

aku dipksa ok


Salam... adik aku memaksa aku letak gambat dia yang tak berapa comel ni
da gak dak kecik peras ugut noh..
haiya aku tidak sangka..
nasib bek dia tak tau baca
aku tulis pa...
hahaha!!
kejam tol la hmpa ni...
jgn baca tau...
wat eva..
i go out now..
u all want follow??

rInDu


rindu tgk dia nangis


rindu tgk dia main dgn patung yang siwon bagi


rindu tgk dia merajuk dgn papa dia siwon


pe pe hal.. aku rindu cerita oh my lady!1
siwon!! makcik!! ye-eun!!

Saturday, December 18, 2010

peristiwa suatu pagi

salam.. dah dua hari aku g senamrobik dgn mak aku dan kwn mama... mcm-mcm karenah yang aku tgk..
ada la sorang makcik/kakak kn.. pny semangat la sbersenam.. gaya dia cm nk bunuh org ... bkk tngan pny la besar.. haha.. aku gelak kt dlm ati jew la.. jap g org kta aku ni gila lak.. tak mau aku... "tak kuasa aku" ..hehe..
hah~ hm.. da la seorg bdk nih.. pny la manja... nak berak pun nk g thu mak dia.. mak dia lak g tmn dak tu msk tandas.. umo dia dlm lingkungan 16 thn kot..
eee~ adik aku pun pandai uat sendiri ni dah besar pun nak swuh makk?? huhu
sorry la.. blog aku nih uka ngata org .. skit.. xbyk pun.. hahaha...
pe pe hal.. aku smkin rampin.. haha.. korang tu bla nk g senam??
dah berisi aku tgk...hehe(cm la nmpak) hm~ udah udah.. g la cpt..huhu~ hahaha~

comel


Oit~ ni ye-eun
oh my lady
cute tol
aku tak pernah tgk dia senyum

Wednesday, December 15, 2010

nak nak nak

Ala...cutenya bear ni...
aku nak!!! bleh dia kwn dgn patung aku 
aku ni bnda-bnda cute aku uka...
lau aku nmpk bdk kck yang cute..
lagi la... aku picit-pcit pipi dia..
tapi knp aku tak uka kt adk aku sndri??
mngkin dia tak comel lagi kot...
hehehe..shuish...
jgn baca kuat kuat
nnti adk aku dgr lak..
hbs nnty dia kata kat aku
"lu pe hal!"
hahaha...hm...
korang nk tahu tak??
sume masalah aku,perasaan aku.. sume la
aku akn cerita kat bear aku tu..
sbb lau cerita kat org, manusia..
91% tak boleh dipercayai
walaupun kwn sndiri..
so, aku akn cerita kat bear aku la
korang try tnya bear aku..
mesti dia tak bg thu pny...
hahahaha (^_^)

perangai adk aku yang sbnr


Ni adik aku.. nur fauzatul izzah.. aku ingat aku la ank terakhir..
tiba-tiba dia muncul...
tahu tak perangai dia..
dia nie uka bergaduh dgn akk..
dia nie da dua perkataan yang selalu ckp kat km..
1-lu pehal
2-nasik pahit(nasib baik)
3-alhamdullilah(dgn mulut mancungnya itu
dia pulak dgn Abg wan dan Ryeuwook..
kmi slalu gaduh pasal laki idaman dia tu la..
a'ah..dia pantang nmpak sambal belacan..
atau cabai..
dia akn lari 200 meter ..
dia tak uka bau cabai tu..
tak caya?? try bwa cabai kat dia..
IZZAH BDK CUTE 

Tuesday, December 14, 2010

novel kegemaran aku


3600 saat..novel ni aku dah baca banyak kali dah.. best.. sedih.. kelakar..
korang try la baca.. atau internet ka....






24 warna pun best... cute.. chiba kozue yang lakar.. ni bkn novel tapi komik.. 
so ramantik...i like!!! 






saiz "s".. tips nak jadi kurus..dari xxl  sampai s.. berjaya ka ?? baca la sendiri ....  




ni ain masarah...penuls novel yang aku minat..

Saturday, December 11, 2010

Gambar ni satu-satunya gambar hari raya tahun 2010 

Ni la gambar kami adik berdadik kecuali abang aku ja yang tak ada

Ni adik aku yang paling cerewet.. nama dia izzah.. super model konon

Ni adik aku dengar syakir... ni kat hospital.. kami raya jat hospital sebab atok sakit

NI abah dan mama..romantik kan..

Ni artis yang bernama Ryeuwook.. aku dgn adk aku slalu gaduh sbb rebutkan dia



pasangan bahagia


ini pasangan yang bahagia..
memang sukar untuk mencari pasangan seperti ini
tapi ada sesuatu yang korang tak tahu..
pasangan suami isteri ni selalu gaduh
takut bini sayang suami ...
lebih kurang cam tu la..
tapi si suami nih selalu ikut ckp si isteri
huhuhu...
~~~~~~~~~~~~~~
tapi diorng memang cute kn???
jangan jeles lor!!!
kadang-kadang ok..
kadang-kadang ko..

warna hidup ku


OREN
*MELAMBANGKAN SIFAT BERSEMANAGT DAN KOMITED TERHADAP KERJA DAN HIDUP

BIRU
 *MELAMBANGKAN KEJUJURAN DAN KEMULIAAN
 *MELAMBANGKAN PERASAAN DAN EMOSI SEORANG LELAKI


BIRU MUDA
* DIKAITKAN DENGAN PERASAAN KASIH DAN SAYANG
 *MELAMBANGKAN KELEMBUTAN HATI SEORANG PEREMPUAN


BIRU TUA
* MELAMBANGKAN RAJIN DAN BERDEDIKASI
* WARNA INI DIGUNAKAN SEBAGAI WARNA KORPORAT


BIRU TURQUOIS
* MELAMBANGKAN WARNA KEHENDAK PERTUMBUHAN SPIRITUAL DAN
     KETEGANGAN
* MERUPAKAN WARNA YANG PALING SESUAI UNTUK MEMBUAT
     SEBARANG KEPUTUSAN YANG PENTING
      CONTOHNYA: WARNA INI SERING DIGUNAKAN OLEH AKAUNTAN
* TURUT MELAMBANGKAN KESEDIHAN


MERAH
* MEMBANGUNAKAN KERIANGAN, MARAH DAN PENYAYANG
* MERAH YANG BERLEBIHAN AKAN MEMBAWA KEPADA TEKANAN
* MERAH PEKAT PULA AKAN MELAMBANGKAN KEAGRESIFAN YANG
     AKAN MEMBAWA KEMARAHAN
* WALAUBAGAIMANAPUN, MERAH AMAT BERGUNA BUAT MEREKA YANG
     MERASA MALAS ATAU KEHILANGAN TENAGA KERANA IA AKAN
     MEMBARAKAN PERASAAN YANG LEMAH


MERAH JAMBU      

* MERUPAKAN WARNA CINTA SEJATI DAN ROMANTIK
* MELAHIRKAN RASA UNTUK BERKONGSI TENAGA, EMOSI DAN
     PERASAAN
* MERUPAKAN WARNA KASIH SAYANG SAMA ADA SECARA EMOSI DAN
     FIZIKAL


  PUTIH
* MELAMBANGKAN KESUCIAN HATI DAN AMANAH UNTUK
           MEMBERSIHKAN DAN MENGUBATI ORANG LAIN

           CONTOHNYA: PAKAIAN DOKTOR DAN JURURAWAT


KUNING
 *WARNA KUNING YANG BERLEBIHAN BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG
     ITU MENJADI DIKTATOR DARI SEGI PEMIKIRAN
* WARNA KUNING YANG LEBIH CERAH MENUNJUKKAN KEASLIAN DALAM
     AKTIVITI PEMIKIRAN
* WARNA KUNING YANG LEBIH GELAP MENUNJUKKAN PEMIKIRAN YANG   
     LEBIH CONDONG KE ARAH KECERIAAN DAN BERSANGKA BURUK

   

HIJAU
* MELAMBANGKAN KEREMAJAAN
* MEMAPARKAN KEMUDAHAN, SEJUK, KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN
     SENTIASA INGIN MEMPERBAIKI
* MELAMBANGKAN PERASAAN CEMBURU APABILA WARNANYA BERTAMBAH
     GELAP



COKLAT
*MELAMBANGKAN KESELAMATAN MATERIAL, KEKAYAAN,
             KEMATANGAN DAN BERTANGGUNGJAWAB
*WARNA TANAH YANG SENTIASA MENYIMPAN TENAGA DAN
             SETERUSNYA MEMBERI TENAGA KEPADA PERTUMBUHAN YANG BARU
*IA JUGA MELAMBANGKAN KEADAAN MERENDAH DIRI DAN
             SENTIASA MENJAGA MARUAH




UNGU
 * MELAMBANGKAN KEWANITAAN DAN KEIBUAN
* WARNA UNTUK PERTUMBUHAN SPIRITUAL FALSAFAH KEJAYAAN DAN
     SIKAP YANG POSITIF




HITAM
 MELAMBANGKAN SOFISTIKATED
 MELUAHKAN SESUATU SECARA RASMI, SUGUL DAN DRAMATIK
 MEMBUATKAN YANG MUDA KELIHATAN DEWASA


Thursday, December 9, 2010

Cinta Manusia Akhirnya Bernoktah.....


" Our life is not beautiful with LOVE "....kehidupan tidak seindah jika tidak ada CINTA...apa bestnye CINTA manusia ? OO...orang kate CINTA itu BUTA..ye..aku setuju sebab CINTA akan menutup hijab segala keburukannya...betul tak kenyataan aku ???Cuba kita banding dengan cinta kepada Allah...kalau cinta kepada manusia,kita dapat surat , sms n sms....tpi CINTA kepada Allah dapat surat CINTA gak iatu Al-Quran...ianya penuh segala aspek kehidupan...bkn macam manusia isinya penuh dengan alam penipuan jer bak kata dunia dia punya .....CINTA kepada Allah kita rasa tenanhg jer...tpi...CINTA manusia penuh dengan kekalutan seperti nak toup enset atapun nak belikan hadiah sbbnya nanti merajuk plak....CINTA manusia itu kadang-kadang berubah ke-arah keburukan...tpi..CINTA kepada Allah berubah kepada kebaikan....cuma tanya kepada hati kita n diri kita sendiri tentang apa itu CINTA sebenarnya ?CINTA merupakan satu perasaan dimana kita rasa tenang dengannya..


Akhirullkalam......CREATE YOUR LOVE WITH ALLAH IS BEST PATH....

شاء محبتك عند الله أفضل مسار.


Because WE ARE Muslim

 www.tips-fb.com
Zulaiqa is like a boat, Hazwani like an ocean and Miza is like the precious pearl. Whoever aspires after the pearl must embark on the boat and then dive into the ocean.

Agak tertarik bila menerima Email ni dari seorang TEMAN. Aku nak kongsikan apa yang telah dia kirimkan pada email aku. Hanya beberapa keping gambar, tapi cukup buat aku tertanya2 dimanakah silapnya?






























































Friday, December 3, 2010

ini fynn jamal cakap, ;150 juta kerimasan(not me ok)

150 juta kerimasan

kalau aku cakap ramai orang malaysia tak suka berfikir;
kau kata aku tak patriotik.
kau kata aku suka kutuk orang.

kalau aku cakap ramai orang melayu kuat dengki, borak tak pakai akal;
kau kata aku tak cukup ajar.
kau kata aku tak sedar untung.

kalau aku cakap ramai orang islam tak tahu apa dia ceramahkan;
kau kata aku org neraka.
kau kata aku dah murtad.

habis tu,
kalau kau memang orang melayu islam di malaysia
yang mmg tak suka fikir, kuat dengki, borak tak pakai akal dan tak tahu apa yang kau ceramahkan;

macammana ek?

apa pun,
dengan penyataan keras aku di atas,

aku KOMFEM akan disebarkan di seluruh facebook, myspace, blogspot, tumblr, tweeter segala apa yang ada sebagai manusia melayu islam terkutuk di malaysia.

maka, silakan.
sebarlah, tuan2 dan puan2.
suka hati engkaulah.

tapi untuk siapa2 yang masih berbaki masa, akal dan kesedaran,
cuba tengok bukti aku;
tentang orang melayu islam di malaysia yang mmg tak suka fikir, kuat dengki, borak tak pakai akal dan tak tahu apa yang dia ceramahkan ini.

spesifiknya tentang lagu 150 juta yang setakat ini telah mengundang pelbagai perasaan love-hate dalam ramai kita --

yang suka
--suka gila.
yang benci
--benci gila.

malangnya, objektif untuk menggoyang dan merapuhkan aku itu gagal. kerana aku okay saja. bagi aku, apa yang penting, aku ada duit sendiri nak beli nasi.
kau suka tak suka macammana sekali pun,
jumlah duit dalam kocek aku tak ada beza.

kan?

------

tajuk:
kenapa lagu 150 juta dianggap haram oleh ramai orang yang bercakap melayu (tidak kira bangsa apa) di negara 1malaysia ini:

------

hujah satu:
lagu ini menggalakkan seks.
maka lagu ini membuatkan ramai anak2 luar nikah di luar sana.

jawapan aku:

err.. *diam sekejap dan terus gelak*

biar betul. di belah mana ye agaknya? baris mana, stanza mana yang aku ajar orang2 yang mendengar lagu ini untuk mengamalkan seks luar nikah? bahasa akukah yang begitu metaforikal yang aku sendiri tak perasan simbolism yang aku tanpa sedar sudah bagi?

tapi eleh...
kalau hard drive memang penuh porno,
kalau sudah memang kerjanya menekan butang repeat di scene2 ranjang dalam dvd,
tak payahlah nak kata benda2 bodoh macam ni yang buat org nak buat benda tak elok.

kamon la weh~

kelakarnya, kalau lagu negro dan mat salleh--
yang "i want to make love to you in this club" lah,
yang "my hump my hump my hump" lah,
yang "i wanna i wanna i wanna touch you, you wanna touch me too" lah,
yang "you so fine, i want you inside me" lah;
tidak pula dibising orang.

*terfikir*

oh sori. aku lupa. orang kita tak minat bahasa inggeris. hei~ bukan tak pandai omputih, okay~
kita yang tak minat bahasa tu. hello~ kita pandai okay~ kita tolak bahasa ni sebab kita yang tak mau dijajah itu okay~

maaf. aku salah point.
aku tarik balik.


hujah dua:
"aku punya manja kau saja boleh rasa, rahsia kita berdua" adalah ayat ranjang.

jawapan aku:

abah aku suka manjakan anak. tapi cuma dgn anak dia. dengan orang dia tidak kenal, dia garang; stok tak borak langsung punya, jenis yang buat muka kosong tak peduli apa. dia askar yang mukanya ketat gila kecuali bila dia bermanja dgn anak2 dia.

soalan aku, apakah itu bermakna abah pegang aku secara seksual?

apakah bilamana kita guna perkataan "rasa", kita mesti bersentuhan? aku tak faham. kenapa perlu semua benda kena relate dgn katil, seks dan kelucahan? habis, apakah salah bila aku sms kawan baik lelaki aku macam ni, "kau okay tak? aku tau kau tgh sedih. aku boleh rasa".

apakah aku sedang meraba dia?

*geleng kepala*
bahalol.


hujah ketiga:
lirik lagu ini terlalu bodoh, chordsnya terlalu bangang. maka lagu ini memalukan orang muzik di negara ini.

jawapan aku:

pernah jamming lagu m nasir? damien rice? atau chantal kreviazuk? atau bee gees? atau rod stewart? beratus lagi nama orang muzik besar dalam dunia ini yang boleh aku jadikan contoh pemanipulasi 3 - 4 chords.

kalau kau fikir semua lagu mereka cuma 3 - 4 chords sahaja, aku rasa secara aslinya kau memang tidak berapa cerdik.
pernah dengar perkataan 'variasi'?

lagi pula, kali pertama aku pegang gitar sungguh2 untuk dimainkan adalah tahun lepas. layaklah aku cuma ada chords mudah dan asas. baru tadika dalam dunia muzik, umpamanya. atau mungkin cuma aku yang rasa belajar satu-persatu mengikut tahap itu normal? anak2 sekolah rendah kita sudah ada peperiksaan matematik tambahan kah?

adeh~

kalau hendak sangat bikin review lirik lagu, janganlah dipilih lagu 150 juta ini. memanglah takkan terjumpa apa. lagu ini sesungguhnya dibuat dengan niat sinis. aku mahu buktikan bebelan aku dari dulu tentang betapa orang malaysia lebih mahukan lagu mudah dan ringan berbanding lagu puisi dan membeban. terus, aku ciptakan bunyi yang paling klise dan paling gedik tak tertahan.

keputusannya?
proven.

dengan tiba2 (atau atas gahnya video gadis bertudung labuh yang membawa lagu 150 juta dengan seorang penari latar yang juga bertudung yang tersebar di facebook: yang mana yang kecoh sebenarnya bukan pun lagu itu, tapi isu tudungnya. urgh!), ramai menjumpai aku.

ya. aku syukur. mereka sudi luang sedikit masa untuk mendengar bunyi2 lain yang aku biarkan terbuka untuk semua. sungguh, aku berterima kasih. walau datangnya kerana 150 juta, kekalnya kerana yang lain.

tapi itulah dia. point aku. lagu klise dan mudah adalah lagu orang suka.
150 juta adalah eksperimen.
bohonglah kalau aku kata aku benci lagu itu. aku cuma tak berapa suka.

aku punya gedikmanja kan rahsia.
HAHAHAHAHA.


hujah empat:
lagu ini begitu hina sehinggakan orang2 hebat malaysia macam m nasir, yasmin ahmad, ida nerina, afdlin shauki, harith iskandar (dan ramai lagi nama2 yang disenaraikan) akan tersompek dengan hinanya lagu ini. maka penulis lagu ini sampah kalau dibandingkan mereka2 itu.

jawapan aku:

i - beberapa artis yang dicontohkan bukan dari malaysia.

penjelasan:
sebelum apa2, izinkan aku menjelaskan yang m nasir asalnya orang singapura. tapi ah. entah apalah relevannya obsesi kita dengan kewarganegaraan. "buat malu org malaysia", "inilah contoh orang malaysia yang bagus" atau "malaysia bangga dengan dia".

setakat hendak pampang pada nama, jangan panggil diri engkau patriotiklah. aku geli. sokong malaysialah, support indie scene sajalah. cakap saja berapi. tengok barang dalam rumah, tak mungkin tidak, mesti ada berpuluh barang bukan malaysia. tak perlu jauh2, tengok telefon bimbit kau, dan tengok komputer yang sedang kau pakai sekarang. dari mana?

cuba ada duit lebih, takkan kau hadap beli proton kerana cinta negara semata2.
kan?

memalukan malaysia konon.
siapa kau nak bercakap untuk malaysia?

*tunjuk jantung*
patriotik tu benda dalam ni, dol.
dalam ni.


ii - beberapa artis yang dicontohkan membesar dengan english culture.

penjelasan:
menggunakan harith iskandar dan ida nerina sebagai rujukan; mereka datang dari keturunan bijak pandai, atau ayahbondanya profesional gred A, atau keluarga mereka sesungguhnya kaya-raya, atau semua ketiga2 sekali gus, sedangkan majoriti kita masih lagi dalam kategori working class.

separuh artis2 yang disenaraikan sememangnya western educated dan bertutur secara perdananya dengan bahasa inggeris. komfem la tak layan bahasa melayu kampung macam dalam lirik ni.

duh!!


iii - beberapa artis yang dicontohkan datang dari genre berbeza2.

penjelasan:
pelakon, pengarah, sasterawan negara dan lain2. pengkelasan sampel rujukan kau benar2 lari. bersyukurlah wahai tukang pembanding, kalau kau anak murid aku, pasti thesis kau tidak memenuhi kriteria kertas lulus.

lain kali, kalau mahu membuat thesis tentang perbandingan, sila pastikan ada karektor relevan yang boleh digunakan sebagai garis panduan untuk perbandingan. kau tak boleh suka2 buat paper tentang beza rambut dengan ayam percik, kan?

*diam sekejap*
tapi kalau nak, boleh je.

topik: perbandingan antara ayam percik dan rambut.
1) ayam percik akan lebih lazat dengan sos. rambut cuma akan melekit kalau dibubuh sos tadi.
2) rambut di kepala boleh tumbuh selepas dipotong, ayam percik tidak. sebab dia sudah mati.
3) ayam percik bila berbau, boleh buat orang puasa jadi kecur. rambut kalau berbau, boleh buat kau hilang boyfriend.

aku boleh bagi 150 juta lagi perbandingan rambut dgn ayam percik. serius. aku suka main game macam ni.


iv - beberapa artis yang dicontohkan telah pun mendengar hasil kerja aku. live dan secara video. jadi jangan pandai2 bercakap bagi pihak mereka.

futnot: wallahi, tolong jgn baca perenggan seterusnya dgn nada bongkak atau apa2. sungguh. aku cuma mahu mempertahan diri sendiri.

didasarkan dari nama2 artis besar yang dicontohkan,

1) m nasir:
dia sudah dengar aku live. dia kata kerja aku ada jiwa.

2) a samad said:
dia sudah dengar aku live. beberapa kali. dan di dua pentas yang berbeza, dia kata pada penonton secara terbuka yang dia suka kerja aku. pernah sekali, dia baca semula hasil kerja aku depan semua.

3) yasmin ahmad:
arwah juga pernah dengar aku di youtube. komen arwah masih ada di sana. bacalah betapa sukanya dia pada salah satu piece aku.

haih.
aku pelik.
macammana orang besar seperti mereka boleh rendah diri dan terima aku dgn jujur;
sedangkan orang2 tak berbukti apa di luar sana itu pula yang sibuk menceramah ilmiah untuk menekan2 orang macam aku?

tolonglah.
jgn fikir dalam hidup aku, lagu ini sahaja yang aku ada. tanyalah org, lagu 150 juta inilah yang paling aku tak suka bawa bila aku naik pentas2 aku yang biasa.


hujah lima:
lagu ini membuatkan bangsa melayu hancor <-- ejaannya ditulis begini, mungkin ada releven pada mereka. entah. jawapan aku:

*geleng kepala*

ya. betullah tu. melayu memang senang hancor dengan benda2 sebangang lagu 150 juta yang bangang ni. melayu, kalau hancor, memang sebab aku. serius. sila sebarkan.

bukan sebab propaganda2 yang dikatupketat.
bukan sebab politik2 yang diperkosa amanahnya.
bukan sebab bisikhasut dalang2 yang kabur muka.
tapi sebab aku.

aku yang hancorkan melayu.
ha ah.

betul la tu.

------

menemui engkau2 di luar sana,
yang pokok pangkalnya memang dari awal2 memilih untuk prejudis dgn aku,
yang sudah ditetapkan dalam kepala untuk benci aku,
yang sanggup bukak blogger kosong, buat channel youtube tak bervideo dan cipta akaun facebook palsu,

semata2 untuk menyampaikan kebencian pada aku;
ini jawapan aku.

yang penatnya engkau.

:)
serius.
aku tidak peduli mana, sebenarnya.

bukan aku dapat singgit sekepala untuk setiap yang suka aku pun.
kan?

dan oh ye. sebelum aku lupa.
ada satu lagi komen yang menarik mata aku.

"kalau pun dah kawen, buat apa kecoh2 kat orang sampai tulis lagu pasal orang dah kawen?"

ini komen aku.
minggu depan, aku upload video aku main.
stok night vision punya.

baru betul2 haremmmm~~

*for your information this entry not my idea.. this entry form blog 150 juta*